Tuesday, January 13, 2015

Pro bono projek pasca banjir 'tsunami sungai' di Kelantan

Teks: Afdalila Abas

Masjid menjadi teduhan, saat awan mendung kelamnya malam. Beberapa minggu yang lalu, mak yang baru saja sampai ke Kelantan, balik dari membawa jemaah Umrah terpaksa sambung beriktikaf di Masjid. Menumpang teduh. Paras air naik mendadak. Belum pernah banjir seburuk ini dan kami 15tahun tidak pernah menghadapi kemelut bencana banjir. Tiada persediaan langsung. Jangkaan hujan kali ini biasa-biasa bagi kami, meleset sama sekali.



Nampak tak rumah ibubapa saya? Nampak tak rumah mertua saya?
Gambar dari pesawat sebelum suami mendarat di lapangan terbang Peng Chepa. Rumah kami berdua hanya sekitar radius itu.


Pada sisi lain pula, habis prototaip dan model-model bangunan, kertas-kertas lukisan dan kerja-kerja seni rapuh dan hancur, lembap dan berlumpur dibasahi hujan dan air yang sedia melimpah masuk ke teratak itu.. Cendawan tumbuh berpesta tahun baru ini, pada hasil kerja seni itu semua. Boleh jadi dan sudah pasti.

Hidup ini nyata fatamorgana. Sekalipun ``masterpiece``  yang sudah siap dibina di tanah, boleh jadi tampak bumbung saja saat bencana itu. 

Banjir Allah Maha Hebat !


Stadium Kota Bharu yang akan mengambil masa sebulan dibaik pulih .
"Mak tak dapat cam mana satu drawings dan model. Tak nampak apa ni. Lumpur saja. Mak minta Izin, terpaksa buang semua. Kalau simpan belum pasti balik ke asal rupa." Mak sungguh memahami dan menghargai nilai seni dan portfolio kerja si anak akiteknya. 

Siapalah manusia bergelar arkitek, bilamana perekabentuk bumi Allah ini berbicara cerita bencana dan malapetaka. Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Pejam mata. Redha.



Misi bantuan tajaan Airasia Foundation untuk IkramHealth dan Papisma dari Sabah. Saya dan suami, pasangan tengah.

Alhamdulillah, dua minggu telah berlalu, kerisauan dan kebimbangan sudah berkurang, suasana bencana banjir melegakan semua pihak. Ia sudah berakhir. Tidak dapat langsung saya fokus berblog, Saat suami terpaksa turun ke tanah halaman semenanjung untuk Misi perubatan. Saya hanya menumpang teduh di kediaman kawan di bandar kota kinabalu (sarat di minggu-minggu terakhir kandungan). Mendengar khabar dari jauh. Fikiran yang bercelaru.

Tempahan Rekabentuk turut tertangguh. Dua klien terpaksa saya tolak.
Maaf, situasi kali ini agak kritikal.

Dari borneo sini , saya berusaha berkebajikan. Merekrut pasukan kontraktor, jurutera dan rakan-rakan arkitek serta pensyarah, berbincang berusaha mencari idea pro bono. Material murah dan cepat. Menghubungi kumpulan-kumpulan sukarelawan yang dapat membangunkan pusat teduhan segera dan rumah-rumah sementara dan gantian bagi yang hanyut dan hancur.


Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Betapa susah kita melihat kesusahan orang lain, lebih susah lagi orang yang menanggung 







Masjid yang dapat dibina semula menggantikan yang baru. Gambar updated minggu ini.

For the public good; usually shortened to pro bono ; is a Latin phrase for professional work undertaken voluntarily and without payment or at a reduced fee as a public service.


Saya kongsikan kajian bahan binaan untuk bantuan ahli keluarga dan mangsa banjir b
agi yang berminat . Hubungi terus pakar bahan ini. Terima kasih Ar Zamri atas perkongsian, pensyarah yang menyokong penuh idea saya ini, merangkap ketua editor Majalah Arkitek Malaysia.

Local materials, light weight, durable, fast construction, affordable.

1. Duralite woodwool composite panels for permanent formwork and wall panels.
Dato' Dr. Abd. Aziz Muhamad
duralitegreen@gmail.com 

2. Structural Timber Spacer system (SBS)
Prof. Dr. Rahinah Ibrahim Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM

rahinah.upm@gmail.com

3. Bamboo Construction 

En. Rahim (Bamboo Construction expert)



Juga saya viralkan sekali kenalan dalam industri binaan dan pasukan kebajikan yang turut membantu. Ayuh terus memberi bantuan, memberi teduhan pada yang memerlukan.

4. The cabin dan The cube
Facebook page.







5.Economy House constructor, Mohd Izzat
Facebook Alfateh properties


6. Raja Shamri, Volunteer Team
Facebook page.

7. Dato Husam Musa 
pejabatdh@gmail.com 
019-9432023 







Sumbanglah apa saja yang kita mampu mengikut kepakaran dan kemampuan kita, hari ini hari mereka di uji. Hidup masih perlu mereka teruskan. Apa yang penting Kerjasama!

Ringan sama dipikul, berat sama dijunjung.
Rumahku Syurgaku

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pelukis bangunan , ruang dan seni

Afdalila Abas




Related Posts:

  • Kaunselor Susu Ibu bagi Wanita di Lapangan Binaan Susu Ibu adalah susu manusia  I  teks: afdalila abas Aktif menjalankan kerja-kerja amal dan program kemanusiaan dalam komuniti membawa saya mendalami pelbagai cabang ilmu. Peluang yang ada tidak akan saya sia-si… Read More
  • Jom Renovasi Kabinet DapurTeks: Afdalila Abas Alhamdulillah, fasa pertama renovasi dapur basah (outdoor wet kitchen) rumah saya berjalan lancar. Sibuk membeli bahan, mengubah keputusan dan berusaha  mencapai minimum bajet yang telah dirancang.&n… Read More
  • Beli belah atas talian Beli Belah Atas Talian  I  Teks : Afdalila Abas Kata orang , kalau tidak ke kedai maka bolehlah kita jimatkan duit. Kata orang, kalau tidak keluar cari makan, alamatnya kebulur lah kita.Bagi saya itu semua kata … Read More
  • Rombak Kabinet Dapur MertuaTeks: Afdalila Abas Seminggu dua ini saya kurang sihat untuk fokus menulis, jangkitan sakit mata  kami sekeluarga mengganggu perjalanan penulisan dan hasil karya. Di hambat lagi dengan datelines beberapa ubahsuai kabine… Read More
  • Pengalaman hamil, bersalin dan berpantang Teks: Afdalila Abas "Eh, mengandung ke? mengandung lagi ke? sejak bila? Tak tahu pun! " Minggu ni ramai yang tertanya-tanya, berita kehamilan saya tak semeriah khabar pertama zuriat kami 2 tahun yang lalu, kali ini saya pil… Read More

0 comments :

Post a Comment