Friday, October 31, 2014

Rumah Pun ada Aurat ?

Senibina patuh syariah? Pernah dengar? 

Kalau pernah tengok rancangan PSF di Tv Hijrah barangkali ada dikalangan kita yang sudah mendapt pendedahan mengenai persoalan rumah pun ada aurat.

Aurat rumah, macamana tu?
Saya kongsikan artikel dari majalah. Bagus untuk rujukan semua.












Konsep pembinaan rumah bercirikan Islam

RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan
bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat
dipraktikkan.

Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau
motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan
sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi
terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.

(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga
supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga.
Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu
melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu
masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini
boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang
sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.

(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu
lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.

(iii) Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan
aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan
kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.

(iv) Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat
supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah
agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan
menghormati kiblat.

(v) Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik
tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya
mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka
mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi
ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

(vi) Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan
interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan
bilik air.

(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut menggesa
penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan
pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri
penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek
perumahan.

(viii) Perlu disedari bahawa perumahan bercirikan Islam tidak hanya
patut dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangan yang
memajukannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh
Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang
melibatkan riba' tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang
bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan.

(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat
tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu
keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat tidak mampu akibat
dari kenaikan kos maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk
memastikan rakyat boleh mampu sama ada dengan memberi subsidi kepada kos
pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai
keatas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa
pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang
ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan
boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.

Artikel di atas adalah hasil perbincangan meja bulat bertajuk "Konsep
Perumahan Yang Bercirikan Islam Menyeluruh" pada program Wacana
Perumahan Islam yang diadakan baru-baru ini oleh  ustaz yang bertauliah dari MUIS.


Related Posts:

  • Rumah Pun ada Aurat ? Senibina patuh syariah? Pernah dengar?  Kalau pernah tengok rancangan PSF di Tv Hijrah barangkali ada dikalangan kita yang sudah mendapt pendedahan mengenai persoalan rumah pun ada aurat. Aurat rumah, macamana tu?… Read More
  • Hias Ruang Dapur Yang SempitTeks: Afdalila Abas Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang kerap digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin d… Read More
  • Kepelbagaian warna tampil menarik Teks: Afdalila Abas Beberapa teman bertanyakan saya mengenai gabungan warna-warni, sama ada ia mencacatkan ruang dan hiasan dalaman atau masih berasas. Persoalan  ini  di ajukan selepas mereka membaca entri sebelum… Read More
  • Langsir dapurTeks: Afdalila Abas Beberapa orang rakan FB menghubungi saya minggu ini, konsultasi atas talian mengenai pemilihan langsir rumah masing-masing. berkisar mengenai entri langsir rumah sebelum ini. Isu langsir dapur turut dibi… Read More
  • Hias Ruang Terhad Tampak LuasTeks: Afdalila Abas Hias ruang kecil menguji kesabaran dan kreativiti.  Ruang kecil boleh jadi selesa andai kena gaya.  1. Menghias ruang tamu sempit Ruang tamu paling penting kerana menjadi tempat bersantai, … Read More

0 comments :

Post a Comment