Friday, October 10, 2014

Pengalaman dan kelulusan

Kronologi kerjaya arkitek  |  Teks: afdalila abas


Sejak dari zaman belajar saya tidak gemar menjadi pelajar jenis yang suka meniru sebarang rekabentuk dari rujukan yang ada. Cuba saya terokai elemepenting yang boleh diaplikasi di bumi tropika Malaysia, sesuai dengan kondisi iklimnya. Kepakaran saya untuk terus menghasilkan rekabentuk senibina yang bermanfaat untuk penghuni kediaman dan binaan premis, mesra alam, mesra pengguna(universal design) dan bentuk ruang yang mengutamakan fungsi praktikal dan penyusunan ruang yang mengutamakan ibadah dalam aktiviti harian. Paling pakar melakar sambil menerawang!




KELULUSAN
Hampir tua kami di universiti, itulah ayat orang tua-tua untuk kami yang menuntut lama mempelajari ilmu senibina di universiti. Selama 7tahun untuk mendapat pengiktirafan pereka bertauliah, lebih komersil dikenali sebagai arkitek. Tidur malam yang terabai, aktiviti hobi yang tertangguh, masa yang terhad dan dunia yang tersendiri. Ini antara trademark kami pelajar senibina di kampus. Setiap penggal akademik, kami didedahkan dengan teori dan prinsip senibina serta cara kerja untuk kami aplikasi dalam kerjaya kmi di industri binaan.

Pelajar senibina kaki panjang , lawatan akan diadakan setiap semester. Melawat ke tapak cadangan projek merata-rata kawasan dalam dan luar negeri. Pendedahan kepada kajian budaya dan sosialogi, permukaan geografi dan topografi bumi, serta menkaji bangunan sedia ada sebagai rujukan sebenar.kerja kumpulan menjadi nadi utama cara bekerja. Sepanjang semester, markah akan diberikan berdasarkan kerjasama dalam kumpulan, hasil kerja , artwork ataupun report(laporan) dan persembahan senibina.


UIAM
universiti islam antarabangsa malaysia, kuliyyah senibina dan rekabentuk alam sekitar. salah satu universiti tempatan yang menawarkan program senibina. Medan itulah tempat saya jatuh bangun berhempas pulas berusaha menyahut cabaran tahun-tahun pengajian. Pensyarah-pensyarah yang berpengalaman tidak jemu memberi tunjuk ajar, dari dalam dan luar negara. Termasuk pensyarah jemputan, yang tampil dari pelbagai firma-firma diluar sana berkongsi pengalaman dan amalan praktis.

Antara mereka ada nama-nama yang tidak asing lagi dalam industri construction di Malaysia. Dari mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perintis universal design unit Malaysia, Dato' Ar. DrAsiah Abdul Rahim , peneraju housing design, Asst. Prof. DrZaiton Abdul Rahim , ir.syarifudin pengurus projek litar sepang formula1, emeritus Prof. Dr. Ismawi bin Zen , arkitek yang membangunkan madinah dan mekah, Ar zamri Exco PAM (Pertubuhan Arkitek Malaysia), Virtual Reality framework of putrajaya  oleh Asst. Prof. Dr. Puteri Shireen Jahn Kassim, Assoc. Prof. Ar. Datin Norwina Mohd. Nawawi, arkitek masjid tradisi, dan ramai lagi. Nama dan legasi mereka gah seiring dengan hasil kajian dan pencapaian mereka.



PENGALAMAN
Banyak firma-firma disetiap negeri di pelosok malaysia. Malaysia antara negara yang sedang giat membangun dan memerlukan ramai tenaga kerja dalam bidang ini. Pengalaman bekerja di firma akitek yang terlibat dengan portfolio-potrtfolio sederhana dan besar membuatkan saya lebih terdedah secara langsung kepada pergurusan pembinaan. Projek sederhana besar yang pernah saya terlibat seperti RTC Kota Bharu, MRSM Gua Musang, Perpustakaan UIAM Kuantan ketika di Rekajati Arkitek.  Beralih ke projek perumahan dan kediaman banglo dan premis kedai ketika di Shaari Jamaludin Arkitek, Arch Design Servis cawangan Kota Bharu. Saya ditawarkan sebagai project management di lapangan hiasan dalaman bersama Signature Kitchen International, Kota Kinabalu sebelum saya terjun ke bidang akademik di KLMU cawangan Sabah, fakulti alam bina. Masih banyak pengalaman mahu dicari, selagi hayat dikandung badan. Kini bergabung pula bersama ABDR. 


CABARAN
Situasi paling mencabar adalah untuk mengekalkan kredibiliti tersendiri kepada Keluarga , kawan dan jiran sekeliling yang sentiasa kekal bersama kita. Kritikan dari mereka seumur hidup. Pujian pula hanya tunggu bila-bila masa. Secara lumrah, sebagai pelanggan, mereka sangat memberi harapan setinggi langit. Sangat tinggi. Lagi-lagi di bidang seni yang mempunyai estetika tersendiri ini. Nilai ukuran dari setiap pelanggan tidak sama. Namun semua semestinya mencabar saya untuk terus memberikan  mereka yang terbaik. Ibaratnya mahukan hasil seni persis rekabentuk Taj Mahal, hanya tidak tangan saya sahaja dipotong seperti akitek -akitek zaman pembinaan bangunan gah itu. Seloroh ;)


0 comments :

Post a Comment