Tuesday, October 21, 2014

Sejukkan suasana rumah

Teks: afdalila abas

Pemanasan global meningkatkan suhu bumi. Rata-rata kediaman menjadi panas lebih dari biasa. Beberapa teknik dapat membantu  menyejukkan ruang dalaman rumah kita.


SILING
Tukar siling asbestos kepada siling Fiber Cement Board. Ia lebih murah dan senang super ole hi. Alaskan siling dengan lapis penebat haba fiberwool. Elak menggunakan hiasan siling kumai yang jauh lebih mahal dan siling kelihatan lebih rendah. Tambahan, haba akan lebih mudah terperangkap.

Siling baru elok dipasang mengikut kesesuaian bumbung.Biarkan pasak kayu bumbung dapat dilihat secara terus. Siling yang tinggi menjadikan ruang lebih sejuk kerana fenomena perolakan haba dapat berlaku dengan efektif secara semulajadi.


LAMPU
Gunakan mentol flourescent yang menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama tetapi mengeluarkan sedikit haba berbanding mentol pijar@incasdescent. Ia juga lebih menjimatkan tenaga elektrik.


TANAMAN
Tanaman hiasan dalaman letakkan di sudut-sudut rumah. Ruang kelihatan lebih segar dan menarik. Juga membantu menyejukkan ruang didalam rumah. Pilih pokok hiasan hidup yang sesuai khas ditanam didalam bangunan.


Boleh rujuk blog entry Pokok Hiasan Hidup.


CAT
Cat dinding dengan warna tona lembut dan cerah seperti biru cair, kuning cair dan putih warna cerah memantulkan semula cahaya, membantu ruang dalaman lebih sejuk dn menjimatkan tenaga. Ruang juga kelihatan lebih tenang dan segar.


KEKISI DAN SENGKUAP HIAS
Kekisi atau lebih dikenali sebagai louvers dan sengkuap hias atau awning dipasang untuk melindungi cahaya matahari terik tanpa menggangu proses keluar masuk udara dari luar ke dalam rumah.


TINGKAP LABUH
Tingkap yang lebih panjang atau tingkat bersaiz lebih besar membenarkan pengudaraan yang baik, maka haba dapat dikeluarkan dengan semulajadi.


AHU UNIT
Elak dari meletakkan penghawa dingin di kawasan TV atau PC. Penghawa dingin akan beroperasi lebih kuat kerana TV atau PC mengeluarkan haba yang berterusan. Penggunaan tenaga elektrik akan lebih bertambah. Pasangkan  kipas pengudaraan (Ventilation Fan) di ruang aktif haba seperti dapur dan ruang keluarga.


KEMASAN
Bahan kemasan dinding dan lantai membantu mengurangi haba. Kemasan jubin lantai jenis seramik atau batu marmar dapat membantu menyerap kepanasan dan menambah kesejukkan berbanding lantai kemasan kayu atau kemasan simen biasa.


Boleh rujuk blog entry Pilihan Jubin.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
Afrchitect@gmail.com

0 comments :

Post a Comment