Monday, October 20, 2014

Ruang tamu : cara mudah hias ruang tamu

Teks: Afdalila Abas

Hiasan ruang sebenarnya tidak memerlukn poket tebal untuk kelihatan cantik menarik. Jom cakna tips mudah hiasi ruang, terutamanya ruang tamu.

Saiz
Pastikan saiz perabot  serasi degan saiz ruang, atau sedap mata melihat, elok sepadan.

Jarak
Definisikan ruang dengan jarak yang tidak terlalu ketara. Elak letak perabot terlalu jauh antara satu sama lain.

Hiasan
Persembahkan jambak bunga hidup yang segar atau bunga yang seakan-akan hidup ( bunga tiruan). Atau pun pokok hijau tanaman dalam rumah.

Aksesori
Segarkan udara dan nyamankan bau mewah pada ruang tamu dengan  meletakkan potpouri, pewangi diffuser atau nyalaan lilin beraroma. Banyakkan bantal-bantal ceria sekadar hiasan.

Hiburan
Elakkan mengutamakan ruang tamu sebagai ruang hiburan, bagi mengelakkan ruang aktif diguna pakai dan sentiasa perlu diselenggara. Gantikan dengan majalah santai atau radio. Sesetengah sofa mempunyai built in radio berfungsi senagai penata bunyi dan hiburan bersahaja.

Kepadatan
Cuba elakkan ruang tamu yang terlalu padat, ringkas adalah lebih baik. Less is more!

Warna
Pastikan warna dinding yang terang bagi ruang yang sempit dan warna yang gelap bagi ruang yang agak luas. Warna dinding yang cerah ,putih dan lembut, mudah disesuaikan dengan apa saja warna sofa, bingkai gambar  langsir dan bidai. Rumah yang berbelok-belok disarankan supaya dicat dengan warna yang berbeza untuk membezakan ruang.

Kertas dinding
Bilangan perabot yang sederhana sesuai dipadankan dengan penggunaan kertas dinding untuk memenuhkan ruang, namun ia akan kelihatan lebih serabut jika ruang tersebut sedia ada mempunyai perabot  yang agak banyak. Lebih disarankan tidak lagi menambah kertas dinding pada ruangan yang padat. Ruang yang tidak banyak perabot sekalipun hanya perlukan kertas dinding pada satu bahagian dinding sahaja, elak letak pada semua permukaan dinding ruang tamu yang ada. Simple sweet.

Pelukis bangunan, ruang dan seni.
Afrchitect@gmail.com





0 comments :

Post a Comment