Wednesday, October 22, 2014

3 cara ringkas memilih dinding tumpuan

Teks: Afdalila Abas


Dinding tumpuan atau lebih dikenali dalam bahasa enggeris istilah, Feature wall merupakan satu dinding yang perlu dibezakan dengan dinding lain. Dinding tumpuan menjadi titik fokal dalam sebuah ruang ia dibezakan dengan mewarnakannya lebih gelap, memasang kertas dinding atau lukisan mural yang memenuhi dinding tumpuan sepenuhnya. 





Boleh juga memasang covered stone(batuan berlapis) atau Pebble wash dan jubin dinding.

Stone covered
Pebble wash


Tengok bajet, sebelum tepuk dahi.


Mari tentukan dinding tumpuan :

1- Lihat dinding pertama sebaik memasuki ruang.
Dinding tumpuan adalah dinding pertama yang mana mata kita tumpukan sebaik melangkah kaki masuk ke satu ruang. Rata-rata kebiasaan bentuk ruang mempunyai empat permukaan dinding. Salah satu dinding dijadikan dinding tumpuan dan biarkan dinding lain sebagai dinding biasa/ sekunder. Tiada masalah sekalipun dinding itu dinding yang paling panjang.

Sumber :  AlamDesign




2-Pilih dinding tanpa sebarang bukaan.
Pilih dinding yang kosong tanpa sebarang bukaan, bukaan seperti tingkap, pintu dan laluan tidak sesuaisebaghai dinding tumpuan. Ia mengganggu penggunaan warna, corak kertas dinding dan lukisan mural secara optimum. Malahan corak kertas dinding tidak dapat diperlihat sepenuhnya kerana bukaan mengambil sebahagian besar  permukaan dinding, ia membazirkan kertas dinding dan mencacatkan lukisan mural.

                                                    Rujuk 3D ruang ini. 

3-Pilih dinding yang menjadi sandaran perabot.
Dinding tumpuan diutamakan pada ruang tamu dan bilik tidur. Elok juga dipertimbangkan pada ruangan dapur.
Pada ruang tamu, utamakan dinding yang diletakkan TV unit atau set sofa. Posisikan sofa panjang (sofa 3 tempat duduk) untuk disandarkan pada dinding tumpuan. Bilik tidur pula, pilih sandaran kepala katil sebagai dinding tumpuan.
Berbeza dari ruang lain, dinding tumpuan di dapur boleh dipilih dari dinding yang menjadi pengantara kabinet, samada kabinet gantung dan kabinet permukaan kerja atau antara dua kabinet yang dijarakkan. Ini kerana faktor ruang ini sudah menjadikan kabinet sebagai tumpuan utama.








Nota : Cara ini hanyalah perkongsian biasa memilih dinding tumpuan. Namun jika mahu memilih dinding tumpuan dengan cara berbeza, tiada salahnya. Ada juga ruang tamu yang mempunyai dua dinding tumpuan.

Kongsikan gambar dinding tumpuan SOHO anda di ruangan komen.



 corak dinding tumpuan kegemaran saya :)






pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect@gmail.com

0 comments :

Post a Comment