Sunday, November 2, 2014

Pilih Kontraktor

Teks: Afdalila Abas

Alhamdulillah, setelah sebulan mencari kontraktor yang betul-betul berkenan,  akhirnya kontraktor diperkenalkan kawan sekampung, kebetulan kami sama-sama berada di perantauan. Pemilihan kontraktor  selesai, maka sekarang melangkah ke tahap seterusnya iaitu kata sepakat. 

Perbincangan dan persetujuan pula dilanjutkan. 
Kali ini, projeknya ialah merenovasi dapur basah di kediaman baru saya sendiri.





Pilih kontraktor ?
Pastikan kita memilih kontraktor yang betul - betul berwibawa dan berpengalaman dalam merealisasikan rumah impian kita. 

Ramai yang mengatakan buat rumah itu mudah tetapi ketahuilah hanya mereka yang betul - betul pakar mampu merealisasikan mengikut kehendak dan citarasa kita. Jangan mudah terlalu selesa dengan janji - janji manis mereka yang mengaku kontraktor berpengalaman. 

Beberapa tip boleh membantu kita dalam memilih kontraktor :

1- Ambil masa untuk menilai kontraktor yang sesuai. Jangan sama sekali dengan sekali jumpa di kedai kopi terus nyatakan persetujuan. 
SILAP BESAR!!

2- Minta spesifikasi penuh dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan beberapa kontraktor lain. Guna spesifikasi yang sama untuk dapatkan sebutharga.

3- Pastikan semua perkara yang dibincang dan dipersetujui ada HITAM PUTIH.
Spesifikasi yang telah dipersetujui di attach dalam dokumen perjanjian peguam.

4- Lawati projek yang sedang dan telah dilaksanakan kontraktor berkenaan untuk melihat secara dekat kualiti kerja mereka sebelum ini. Jika betul - betul puas hati hati baru bincang lanjut.

5- Pastikan dengan tepat bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dll, sebab ramai yang tak perasan dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.

6-Beri keutamaan pada binaan struktur, pastikan jenis besi binaan yang digunakan.

7-Beri KEPERCAYAAN kepada kontraktor anda. Jika wujud permasalahan bincanglah dengan baik. Pendekatan marah & maki hamun tidak akan mampu menyelesaikan masalah

8-Mintalah nasihat dari salah seorang tukang yang berpengalaman untuk pemantauan kerja bagi mengekalkan keyakinan di pihak anda secara senyap. 

Selamat  membuat pilihan terbaik !


Nota: Hasil kerja kontraktor upahan pemaju taman perumahan kami ketika rumah-rumah taman masih dalam waranti siap-bina, betul-betul mengecewakan, jenayah integriti dalam binaan baik pulih merujuk pada laporan kerosakan rumah yang dilakukan sukar diterima akal. Cukuplah sakit mata menyaksikan kesan fizikalnya dan kesan kerosakan yang berpanjangan, nyata membazir hingga saat ini. Buang masa dan duit. (sudahlah saya terpaksa ambil cuti tanpa gaji beberapa hari lagi!)


Pernah dengar tak kata-kata ini ,

“Di Antara Sepuluh Kontraktor, Sembilan Masuk Neraka”. 
Stigma ini wujud kerana kegeraman masyarakat pada kontraktor yang merupakan satu kerjaya yang meletakkan sebelah kaki ke neraka, jika mereka cakap tidak serupa bikin :)
Makan cili terasalah pedasnya! 

Jangan marah geng topi kuning :) Gurauan ramai di kedai kopi.

Iklan: Sesiapa sedang mencari kontraktor di pantai timur, kelantan-terenganu-pahang khasnya, saya rekomen syarikat ini. 
FB: Alfateh properties

---------------------------------------------------
pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect@gmail.com
nurafdalilabas@gmail.com


Related Posts:

  • Pilih KontraktorTeks: Afdalila Abas Alhamdulillah, setelah sebulan mencari kontraktor yang betul-betul berkenan,  akhirnya kontraktor diperkenalkan kawan sekampung, kebetulan kami sama-sama berada di perantauan. Pemilihan kontraktor &n… Read More
  • Bukan main buat, tidak main letak . Rekabentuk bukan sebarang binaan  |  Teks: afdalila abas Tanpa had. satu ayat yang cukup lazim memberi gambaran kreativiti. Begitulah juga rekabentuk binaan. Apa yang kita semua perlu tahu rekabentuk mempunyai b… Read More
  • Rumah dia, rekabentuk bersama Upah Rekabentuk  I  Teks : Nur Afdalila "Nanti kau design rumah kami tau. " "Bolehlah nanti kau buatkan rumah kami. " "Dapur kami ni nanti kau bolehlah tolong ubahsuai. " Bilamana ditanya saya belajar dal… Read More
  • Rumah Mampu Milik Pantai Timur Teks: Afdalila  Abas Alhamdulillah. Usai berbincang dan dapat bekerjasama dengan Al Fateh properties, kami menawarkan rumah mampu milik serendah rm75, 000. Pelbagai pakej rekabentuk sedia dalam harga yang ditawark… Read More
  • Perkhidmatan yang disediakanTeks: Afdalila Abas "nanti kau reka rumah aku tau." "Rumah  dah siap ni, tapi kosong lagi, alamak macamana ni?" "ok ke tak  ruang tamu  aku ni?" "mak ayah aku nak buka gerai,  boleh tolong reka satu y… Read More

0 comments :

Post a Comment