Tuesday, November 11, 2014

Panduan memilih langsir

Teks: Afdalila Abas

Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman kita. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pedinding cahaya matahari tetapi ianya juga menjadi sebahagian elemen hiasan dalaman.



Berikut adalah beberapa panduan untuk memililh langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak kita.

1- TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
Kain langsir datang dengan pebagai harga. Ada yang murah, ada mahal, bergantung kepada kain dan kualiti. Ada juga kain langsir yang berharga dibawah RM 10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM 60 semeter. kitalah yang menentukan setakat mana kemampuan kita bebelanja. Pastikan kita tidak membazir dan pastikan ia selaras kemampuan sebenar. Contohnya, jika kain langsir yang kita berkenan berharga RM 50 semeter,mampukah kita mengeluarkan belanja sebanyak RM 300 ?








2- BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR
Ini satu aspek yang penting. Jika kita ke kamdar untuk mencari kain langsir, elak dihimpit kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau pintu gelongsor(sliding door),dan ukur demensi (panjang x lebar) tingkap tersebut didalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Meraka yang mahir dalam bidang ini akan membantu kita membuat ukuran kain yang tepat. Labuhkan langsir hingga ke lantai supaya tampak lebih elegan. 








3- PADANKAN CORAK DAN WARNA LANGSIR DENGAN KEDIAMAN 
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad,hari tidak lagi. Kini, kita saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini ,banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada juga yang bewarna gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah kita.









4- PILIH TOUCH UP
Kini langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. kita boleh membuat ropol, potong lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika kita ingin menjahit sendiri dan masih lagi menjinak-jinak dengan seni jahitan langsir,dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir, kini boleh didapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga infomasi internet yang boleh didapati dengan percuma. 

http://www.dailyhomedecorating.com/wp-content/uploads/2010/05/thin-light-and-colorful-style-of-curtain.jpg







5- BELI PERKAKAS TAMBAHAN YANG LAIN
Setelah langsir kita siap dijahit,tugas terakhir yang di lakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakas lain, samaada kecil atau besar,telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat pengiraan bilangan cangkuk yang mencukupi.jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah sepadan dengan jenis palang. Tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan itu yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50,kita pilih sahaja yang mana sesuai atau jahit siap sedia.






-------------------------------------------
pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect.co
afrchitect@gmail.com


0 comments :

Post a Comment