Friday, November 14, 2014

Hias Ruang Dapur Yang Sempit

Teks: Afdalila Abas

Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang kerap digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur kita agak terhad.


Ikuti cadangan yang diberikan, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak serta turut mampu mencuri perhatian juga.


Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima. Konsep minimalis santai dan evergreen!



Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak  lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Rujuk entri Psikologi warna dalam hiasan dalaman.


Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan.





Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding. 





Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya kita menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang. Rujuk entri panduan langsir untuk dapur.




Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar.




Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Kebanyakkan rumah sekarang turut mempunyai deep freezer, suaikan posisinya agar tidak mengganggu laluan yang sedia sempit. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah sekali.




Pastikan segala sesuatu ada ditempatnya ,labelkan dan pastikan ia tersusun , mudah untuk dicari. Rak di tempat kabinet atas membuat bilik kelihatan lebih ringan dan pengudaraan yang lebih baik . kita menggunakan segala-galanya di dapur dengan kerap , dan rak membuat semuanya boleh dicapai dengan mudah.


Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna atau serbaguna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur. Boleh rujuk entri PERIUK SERBAGUNA.


Pernah dengat Pot Racks ? Idea klasik ini lebih menarik dan nyata cara mudah menguruskan kelengkapan dapur. Dapatkan dari pelbagai stail,  material, dan  fungsi. Lebih senang menguruskan kelengkapan periuk belanga yang selalu menjadi keluhan ramai !







Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
FB: Afrchitect.co
afrchitect@gmail.com


Related Posts:

  • Ukuran Asas Kabinet Dapur Teks: Afdalila Abas Hampir semua antara kita ada merancang kabinet dapur masing-masing. Sama ada sudah selesai, sedang atau berkeinginan menambah baik kabinet dapur. Oleh kerana saya sedang merenovasi dapur rumah saya, maka… Read More
  • Rona warna Kabinet DapurTeks: Afdalila Abas Impian setiap wanita. Dapur dan dot dot dot Biar fungsi dan rupa berbicara! Beberapa contoh pilihan kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, dimana, rona rekabentuk ini selalu menjadi pilihan di antara… Read More
  • 10 perkara Dapur kita perlu tahuTeks: Afdalila Abas Menghampiri tahun 2015, pasti memberi suatu perubahan. Dalam hidup kita, dan paling penting susun atur rumah yang sentiasa memainkan peranan.  Jom kita merombak dapur.  Dapur saya sudah mula … Read More
  • Asas ruang tamu sempurna Teks : Afdalila Abas Ruang tamu adalah ruang utama kediaman. Ruang ini selalunya ruang kita menerima tetamu yang berkunjung. Pastinya ruang ini perlu sentiasa bersih dan selesa. Kerusi dan alas duduk Sesuai dengan fu… Read More
  • 5 Idea Hias Dinding Kosong Teks: Afdalila Abas Jemu melihat dinding terbiar kosong? Selain dari mengecat dinding dengan warna yang berbeza, guna pakai idea mudah lagi berkesan ini pada dinding rumah kita. Pelbagai Catan Seni Gantung hasil l… Read More

0 comments :

Post a Comment