Selamat datang ke Blog Afdalila Abas :)

'Tegaknya rumah kerana tiang dan tegaknya manusia kerana kaki'.

Selamat datang ke Blog Afdalila Abas :)

' Pucuk dicita ulam mendatang' .

Selamat datang ke Blog Afdalila Abas :)

'Tak kan Melayu hilang di dunia'.

Selamat datang ke Blog Afdalila Abas :)

Kepakaran saya adalah menghasilkan rekabentuk senibina yang bermanfaat untuk penghuni kediaman dan binaan premis perniagaan yang mesra alam, mesra pengguna, universal design, dan mencakupi elemen-elemen penting untuk iklim tropika serta sejajar dengan garis panduan senibina dalam Islam. - Afdalila Abas

Friday, October 31, 2014

Rumah Pun ada Aurat ?

Senibina patuh syariah? Pernah dengar? 

Kalau pernah tengok rancangan PSF di Tv Hijrah barangkali ada dikalangan kita yang sudah mendapt pendedahan mengenai persoalan rumah pun ada aurat.

Aurat rumah, macamana tu?
Saya kongsikan artikel dari majalah. Bagus untuk rujukan semua.












Konsep pembinaan rumah bercirikan Islam

RUMAH atau projek perumahan yang bercirikan Islam perlu diwujudkan
bertujuan untuk mendorong cara hidup Islam yang menyeluruh dapat
dipraktikkan.

Ciri-ciri perhiasan luaran seperti, kubah, ayat-ayat Al-Quran atau
motif-motif geometri Islam bukanlah kriteria yang akan menjadikan
sesuatu reka bentuk rumah kediaman itu "Islamik" atau tidak. Tetapi
terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penelitian.

(i) Wujudkan sempadan yang nyata antara ruang tamu dan ruang keluarga
supaya "privacy" penghuni dapat dijamin dan aurat wanita dapat dijaga.
Sementara setiap bilik tidur dapat dimasuki oleh kaum wanita tanpa perlu
melalui para tetamu. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka pintu
masuk ke bilik tidur mestilah terlindung dari pandangan umum dan ini
boleh dilaksanakan dengan mewujudkan satu "lobby" (ruang legar) yang
sekecilnya 1.2m kali 1.2m sudah memadai.

(ii) Wujudkan dua jalan keluar masuk iaitu, satu untuk umum dan satu
lagi khusus untuk penghuni rumah terutamanya kaum wanita.

(iii) Perlunya ruang yang terlindung untuk kaum wanita menjalankan
aktiviti-aktiviti luaran tanpa menimbulkan sebarang ketidak selesaan
kepada mereka selain daripada menghindar sebarang fitnah.

(iv) Orientasi rumah yang dibina perlulah mengambil kira arah kiblat
supaya dapat memberi ruang yang maksima untuk mendirikan solat berjamaah
agar aktiviti-aktiviti di dalam bilik air dapat dilakukan dengan
menghormati kiblat.

(v) Setiap rumah keluarga disarankan mempunyai paling minima tiga bilik
tidur. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang menyuruh umatnya
mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan apabila mereka
mencapai umur 10 tahun. Dengan itu perlu diwujudkan setiap bilik bagi
ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan.

(vi) Terdapat ruang yang terlindung untuk kaum wanita, ruang kerja dan
interaksi untuk kaum wanita dan kedudukan serta orientasi tandas dan
bilik air.

(vii) Cadangan bagi mewujudkan perumahan bercirikan Islam turut menggesa
penguatkuasa tempatan yang bertanggungjawab meluluskan permohonan
pembangunan menggalakkan pemaju-pemaju mengintegrasikan ciri-ciri
penggalak kepada cara hidup Islam di dalam reka bentuk projek-projek
perumahan.

(viii) Perlu disedari bahawa perumahan bercirikan Islam tidak hanya
patut dinilai dari segi reka bentuk tetapi sumber kewangan yang
memajukannya juga mestilah bebas dari unsur-unsur yang diharamkan oleh
Islam. Contohnya sebuah projek perumahan yang dibiayai oleh bank yang
melibatkan riba' tidak boleh diklasifikasikan sebagai perumahan yang
bercirikan Islam walaupun dari segi ciri-ciri reka bentuk ianya memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan.

(ix) Berdasarkan hadis Rasullulah s.a.w tentang mengasingkan tempat
tidur kanak-kanak lelaki dan perempan, rumah tiga bilik ini adalah satu
keperluan kepada rakyat. Dengan itu sekiranya rakyat tidak mampu akibat
dari kenaikan kos maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemaju untuk
memastikan rakyat boleh mampu sama ada dengan memberi subsidi kepada kos
pembinaan seperti mengurangkan atau memberi pelepasan untuk cukai-cukai
keatas pelbagai bahan binaan yang digunakan, memanjangkan jangkamasa
pembayaran balik dan sebagainya.

Kriteria-kriteria yang dinyatakan lebih kepada konsep perumahan yang
ideal oleh kerana kebaikan yang ada pada Islam itu adalah universal dan
boleh dimanfaatkan untuk semua bangsa.

Artikel di atas adalah hasil perbincangan meja bulat bertajuk "Konsep
Perumahan Yang Bercirikan Islam Menyeluruh" pada program Wacana
Perumahan Islam yang diadakan baru-baru ini oleh  ustaz yang bertauliah dari MUIS.


Wednesday, October 29, 2014

Rumah Mampu Milik Pantai Timur

Teks: Afdalila  Abas

Alhamdulillah.

Usai berbincang dan dapat bekerjasama dengan Al Fateh properties, kami menawarkan rumah mampu milik serendah rm75, 000. Pelbagai pakej rekabentuk sedia dalam harga yang ditawarkan . Dapatkan maklumat lanjut dari saya.

Juga dibuka untuk tempahan rekabentuk rumah sendiri menggunakan kontraktor Alfateh properties, dengan caj rm120skps*  . Tawaran ini dibuka khas untuk warga pantai timur sahaja (buat masa sekarang).


Rumah Impian Kita
RM75 000
*keluasan 900kps *3bilik * 2bilik air

Spesifikasi

  1. Kerangka: konkrit tetulang
  2. Frame pintu: Frame G.1
  3. Frame &pintu jendela : aluminium dan casement sliding
  4. Pintu: pintu mumbung
  5. Kekuda besi
  6. Atap: genting konkrit
  7. Dinding: batu-bata lepaan simen
  8. Lantai: simen render
  9. Bilik air:  tile/mozek: 5kaki tinggi
  10. Siling: semua ruang  siling kapor selapis
  11. Kaki lima:render & siap longkang
  12. Septik tank/ tangki najis: polysept
  13. Kebersihan: 1 sinki dapur *2 paip  untuk bilik *2 paip siraman
  14. Cat: dalam& luar jotun berkualiti
  15. Wiring: berdasarkan plan
  16. Paip: berdasarkan plan
  17. Tangki air: 80 galon

Syarat-syarat:
- Warganegara Malaysia
- Gaji minima RM 2000

_________________________________________________________________
Hubungi laju-laju untuk rundingan lebih lanjut.
Pelukis bangunan, ruang dan seni
Afrchitect@gmail.com
Nurafdalilabas@gmail.com








Rekabentuk unit dinding (wall unit design)

Teks: Afdalila abas

Gabung ruang TV dan membaca dengan rekabentuk moden yang serba lengkap memenuhi ruang keluarga atau ruang tamu kita. Rekabentuk unit dinding ini khas untuk dinding dan tempat letak TV serta mini perpustakaan atau mini galeri di rumah.

Jika lazimnya dapur mempunyai kabninet khas, katil mempunyai headboard, begitulah ruang tamu ber TV dan bahan bacaan serta paparan koleksi dan gambar disuaikan dengan unit dinding ini. Unit ini serbaguna sebagai platform hiburan, simpanan dan paparan koleksi kita.



























Suka idea unit dinding ini?

Boleh dapatkan kabinet unit dinding di kedai perabot pasang siap atau tempah sekarang rekabentuk yang sesuai dengan ruang tamu dan ruang keluarga anda. Dapatkan khidmat rundingan percuma dari saya hari ini ;)

Terima kasih kepada klien-klien yang telah menghubungi saya untuk rundingan percuma dan membuat tempahan penataan ruang dan renovasi. Tempahan anda adalah aspirasi bersama ;)



-------------------------------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
Afrchitect@gmail.com
Nurafdalilabas@gmail.com

Sunday, October 26, 2014

Gayakan kediaman dengan cermin

Teks: Afdalila Abas

Mirror.. Mirror.. On the wall..
Masih ingat watak perempuan jahat dan cermin? Nostalgia!

Cermin dikatakan sinonim dengan wanita dan kecantikkan, kerana ia digunakan oleh kebanyakkan kita untuk kelihatan cantik. Kini cermin bukan lagi hanya diletakkan di meja make up dan tandas, hampir menjadi elemen dekorasi wajib setiap kediaman.
Ikutan mengayakan cermin semakin mendapat sambutan. Fungsi cermin ialah mencipta ilusi ruang dan meningkatkan pencahayaan. Elemen pantulan yang berkualiti menjadikan cermin penyelesai masalah dekorasi ruang.



Meluaskan Ruang
Bilik di kediaman apartment sangat sesuai di gantungkan cermin, kerana kebanyakkan bilik agak beruangan sederhana dan kecil. Cara ini sangat menjimatkan,  mendapatkan ruang secara ilusi dan menggandakan saiz dan kedalaman secara visual melalui pantulan  imej pada cermin. Gunakan cermin pada dinding tumpuan. Ianya boleh juga dipasang pada pintu almari dan kabinet jika dinding bilik yang ada sangat terhad. Letakkan pada laluan berlorong atau tangga yang berdinding pada kanan dan kirinya, seeloknya dipasang saling bertentangan untuk memdapat kesan visual yang kelihatan luas.







Titik tumpuan dan Kesan Dramatik
Cermin akan menjadi titik tumpu. Titik tumpu nilai seni estetika dengan sendirinya. Ia boleh digunakan sebagai paksi untuk semua elemen hiasan yang ada. Letakkan cermin di atas meja makan untuk menonjolkan lagi hiasan meja yang ada. Letakkan pada meja solek, untuk lebih menyerlahkan alat kosmetik. Boleh juga dipasang pada belakang rak buku atau rak hiasan, ia menampakkan lagi kesan dramatik pada koleksi paparan.





Terangkan Suasana
Cermin digunakan sebagai elemen dekorasi bertujuan menerangkan suasana rumah pada waktu siang. Hanya mengharapkan cahaya mentari siang, cermin yang diletakkan pada tempat yang betul menjadilan bilik dua kali ganda terang. Letak cermin pada sudut yang bertentangan dengan tingkap supaya cahaya dapat dipantulkan menerangi sebahagian besar ruang. Jika ada ruang yang dicat dengan warna gelap, cermin akan memantulkan bahagian bilik yang terang untuk mengurangkan suasana kelam pada dinding.







Sembunyikan Kecacatan
Dinding yang  terdapat rekahan dan kotoran kekal yang tidak boleh diperelok bolehlah disembunyikan dibelakang cermin. Ia menyelesaikan masalah dengan cepat dan jimat walaupun seharusnya hanya untuk lindungan sementara.



Tips tambahan
  • Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Bila terlalu tinggi, kita dan orang lain tidak dapat melihat refleksi imej yang cuba ditonjolkan.Selalu fikirkan apa yang akan dipantulkan oleh cermin.
  • Sepatutnya ia digunakan untuk barang atau hiasan yang menarik seperti lukisan dan artwork. Elakkan mana-mana tempat serabut (tidak sedap mata memandang) daripada kelihatan di dalam cermin.
  • Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan tema bilik anda. Bentuk dan stail cermin anda seharusnya seiring dengan elemen dekorasi anda yang lain.
  • Bila memilih cermin untuk bilik kita, fikirkanlah yang besar. Lagi besar cermin, lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan.Namun, terdapat satu kelemahan pada cermin besar kerana ia mudah pecah. Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku kecelakaan.
  • Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang kita gunakan berat, mesti pilih kawasan dinding, alat dan bahan yang digunakan untuk menempatkannya betul-betul kukuh.


______________________
Pelukis ruang, bangunan dan seni
Afrchitect@gmail.com
Nurafdalilabas@gmail.com