Saturday, October 18, 2014

Asas ruang tamu sempurna

Teks : Afdalila Abas

Ruang tamu adalah ruang utama kediaman. Ruang ini selalunya ruang kita menerima tetamu yang berkunjung. Pastinya ruang ini perlu sentiasa bersih dan selesa.


Kerusi dan alas duduk
Sesuai dengan fungsi menerima tetamu, perlunya tempat duduk. Untuk duduk berbual panjang dan bersiratulrahim. Sama ada sofa, kerusi rotan, karpet atau alas tikar. Pilih mengikut kesesuaian penataan dalam rumah. Pastikan pilihan kita yang sesuai tidak menyempitkan ruang dan menyesakkan suasana ruang tamu. Apa salahnya, memilih yang mahal dan berkualiti tinggi, kerana ia tahan lebih lama dan tidak perlu kerap ditukar ganti.




Meja kopi
Budaya melayu mementingkan layanan tetamu seperti menghidangkan air dan kudapan ringkas. Hiaskan meja kopi dengan bunga hidup atau majalah kegemaran. Elak memilih meja kopi yang terlalu besar dari kerusi atau sofa, ruang akan menjadi sempit dan kelihatan padat dengan perabot. Elok jika meja lebih rendah, supaya suasana lebih santai dan menyenangkan pergerakan yang ergonomik dengan ukuran tinggi sofa atau lantai.




TV
Kediaman yang terhad menggabungkan TV dan ruang tamu. Sesuai di lekatkan di dinding atau pada kabinet siap yang bersesuaian. Pilihan TV LCD atau LED menjimatkan ruang. Elak jadikan TV sebagai pengganti pelayan tetamu. Lebih sesuai di letakkan di ruang keluarga.



Bunga atau tanaman hiasan
Hiasan bunga segar atau bunga tiruan, atau corak bunga besar atau kecil menceriakan suasana ruang tamu. Pastikan bunga atau hiasan bebas dari habuk. Jika hiasan bunga segar di dalam vas, pastikan air ditukar ganti. Elakkan dari nyamuk membiak.





Bingkai hiasan
Tanpa gambar atau visual keadaan ruang tamu agak kelam ,hambar dan tak ceria. Gantung beberapa bingkai gambar besar , kecil atau berangkai(menggabungkan gambar dan bingkai saling berkait). Hiasan kaligrafi atau tulisan juga sesuai. Ayat suci Al-Quran boleh menjadi penyeri ruang tamu kediaman muslim. Bingkai gambar mudah dan murah didapati. Apa kata, anda cuba ke Kedai perabot IKEA pasti tidak mengecewakan!


Jam
Memberi gambaran peribadi tuan rumah yang mengutama kan waktu dan masa, sesuai untuk dijadi hiasan. Pilih mengikut tema sedia ada, walaupun di beli berasingan.




Rak buku atau kabinet built-in
Memuatkan buku-buku, susunan kitab atau koleksi majalah. Pilihan bagi kita yang lebih mengutamakan budaya membaca.besar atau kecil asalkan sudut simpanan buku memenuhi ruang bersesuaian atau menjadi panel pemisah (membahagi dua kawasan atau mendefinisikan fungsi ruang)



Cadangan-cadangan diatas adalah asas yang kebiasaan ada pada ruang tamu. Namun , kita bebas menata hias ruang tamu mengikut tema tersendiri dan bajet yang ada.


Pelukis bangunan, ruang dan seni .
Afrchitect@gmail.com

0 comments :

Post a Comment