Friday, October 24, 2014

5 Idea Hias Dinding Kosong

Teks: Afdalila Abas

Jemu melihat dinding terbiar kosong?

Selain dari mengecat dinding dengan warna yang berbeza, guna pakai idea mudah lagi berkesan ini pada dinding rumah kita.


Pelbagai Catan Seni
Gantung hasil lukisan seni. Kebanyakan orang hanya menggantung sekeping catan sahaja pada dinding. Cuba variasikan dengan gantung beberapa keping bersama-sama, ciptakan tema, pastikan gambar dibawah kategori yang sama. Elak mencampur aduk catan dan gambar hiasan pada dinding yang sama,ia akan kelihatan seperti galeri seni.













Pelekat dinding
Melekatkan hiasan pada dinding antara salah satu ikutan terbaru di pasaran hiasan dalaman. Pelekat diperbuat dari acetate, PET film,dan vynil yang kuat, fleksibel!, tahan lasak (tidak mudah koyak). Ikutan popular ini mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak sedia ada dan ia juga boleh direka mengikut saiz, warna dan bentuk boleh dilekat pada hampir kesemua material permukaan rata.senang ditanggalkan dan diguna semula. Jimat bukan!















Kertas dinding
Elemen asas rumah bertema moden masa kini. Kertas dinding tidak perlu diletak pada keseluruhan rumah, pilih satu dinding tumpuan sebagai titik tumpu hiasan kertas dinding. Ruang dinding yang suram kelihatan ceria dan menarik hanya sekelip mata.






Gambar dijadikan kertas dinding, menarik kan?


Rak Gantung
Unit rak digantung pada dinding sebagai hiasan dan memaparkan binngkai gambar, aksesori, barangan atau koleksi. Ia mudah didapati, ringkas dan senang dipasang serta pindah alih.







Bingkai Foto
Semua orang suka melihat gambar. Gantung bingkai foto memori indah kita. Ia mewujudkan identiti dan sememangnya menjadikan rumah kita sebuah RUMAH.












--------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
Afrchitect@gmail.com
Nurafdalilabas@gmail.com

0 comments :

Post a Comment