Sunday, October 26, 2014

Gayakan kediaman dengan cermin

Teks: Afdalila Abas

Mirror.. Mirror.. On the wall..
Masih ingat watak perempuan jahat dan cermin? Nostalgia!

Cermin dikatakan sinonim dengan wanita dan kecantikkan, kerana ia digunakan oleh kebanyakkan kita untuk kelihatan cantik. Kini cermin bukan lagi hanya diletakkan di meja make up dan tandas, hampir menjadi elemen dekorasi wajib setiap kediaman.
Ikutan mengayakan cermin semakin mendapat sambutan. Fungsi cermin ialah mencipta ilusi ruang dan meningkatkan pencahayaan. Elemen pantulan yang berkualiti menjadikan cermin penyelesai masalah dekorasi ruang.



Meluaskan Ruang
Bilik di kediaman apartment sangat sesuai di gantungkan cermin, kerana kebanyakkan bilik agak beruangan sederhana dan kecil. Cara ini sangat menjimatkan,  mendapatkan ruang secara ilusi dan menggandakan saiz dan kedalaman secara visual melalui pantulan  imej pada cermin. Gunakan cermin pada dinding tumpuan. Ianya boleh juga dipasang pada pintu almari dan kabinet jika dinding bilik yang ada sangat terhad. Letakkan pada laluan berlorong atau tangga yang berdinding pada kanan dan kirinya, seeloknya dipasang saling bertentangan untuk memdapat kesan visual yang kelihatan luas.







Titik tumpuan dan Kesan Dramatik
Cermin akan menjadi titik tumpu. Titik tumpu nilai seni estetika dengan sendirinya. Ia boleh digunakan sebagai paksi untuk semua elemen hiasan yang ada. Letakkan cermin di atas meja makan untuk menonjolkan lagi hiasan meja yang ada. Letakkan pada meja solek, untuk lebih menyerlahkan alat kosmetik. Boleh juga dipasang pada belakang rak buku atau rak hiasan, ia menampakkan lagi kesan dramatik pada koleksi paparan.





Terangkan Suasana
Cermin digunakan sebagai elemen dekorasi bertujuan menerangkan suasana rumah pada waktu siang. Hanya mengharapkan cahaya mentari siang, cermin yang diletakkan pada tempat yang betul menjadilan bilik dua kali ganda terang. Letak cermin pada sudut yang bertentangan dengan tingkap supaya cahaya dapat dipantulkan menerangi sebahagian besar ruang. Jika ada ruang yang dicat dengan warna gelap, cermin akan memantulkan bahagian bilik yang terang untuk mengurangkan suasana kelam pada dinding.







Sembunyikan Kecacatan
Dinding yang  terdapat rekahan dan kotoran kekal yang tidak boleh diperelok bolehlah disembunyikan dibelakang cermin. Ia menyelesaikan masalah dengan cepat dan jimat walaupun seharusnya hanya untuk lindungan sementara.



Tips tambahan
  • Pastikan cermin yang digantung tidak terlalu tinggi, melainkan ia digunakan untuk memantulkan cahaya daripada tingkap. Bila terlalu tinggi, kita dan orang lain tidak dapat melihat refleksi imej yang cuba ditonjolkan.Selalu fikirkan apa yang akan dipantulkan oleh cermin.
  • Sepatutnya ia digunakan untuk barang atau hiasan yang menarik seperti lukisan dan artwork. Elakkan mana-mana tempat serabut (tidak sedap mata memandang) daripada kelihatan di dalam cermin.
  • Pastikan anda memilih frame yang sepadan dengan tema bilik anda. Bentuk dan stail cermin anda seharusnya seiring dengan elemen dekorasi anda yang lain.
  • Bila memilih cermin untuk bilik kita, fikirkanlah yang besar. Lagi besar cermin, lagi banyak cahaya yang akan dipantulkan.Namun, terdapat satu kelemahan pada cermin besar kerana ia mudah pecah. Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku kecelakaan.
  • Untuk tujuan keselamatan, jika cermin yang kita gunakan berat, mesti pilih kawasan dinding, alat dan bahan yang digunakan untuk menempatkannya betul-betul kukuh.


______________________
Pelukis ruang, bangunan dan seni
Afrchitect@gmail.com
Nurafdalilabas@gmail.com

0 comments :

Post a Comment