Teks: Afdalila Abas
Menghampiri tahun 2015, pasti memberi suatu perubahan. Dalam hidup kita, dan paling penting susun atur rumah yang sentiasa memainkan peranan.
Jom kita merombak dapur.
Dapur saya sudah mula berbunyi pahat dan paku.
Tip ini pasti membantu.
UDARA KELUAR MASUK
Pengudaraan yang tepat diperlukan, lebih-lebih lagi jika kita tidak punya fungsi dapur lengkap iaitu penyedut asap.elak udara terkepung dengan memastikan dapur berada bersebelahan tingkap ataupun ruang terbuka.
KOS KONTRAKTOR KABINET
Jika kita pilih untuk pasang kabinet pasang siap, kos paling utama ialah kos ini.lihat kos komponen kabinet dapur secara menyeluruh termasuk kos sampingan lain iaitu kos overhead, buruh, pengankutan dan kos-kos yang memperlipat gandakan harga kabinet. Jangan buntu dan elak kena tipu ketika pemasangan dengan baca dan teliti kesemua kos dari awal.
DAPUR MASAK PADU
Fungsi memasak harus padu. kelengkapan sinki, kaunter kerja harus berkesinambungan. jika tidak, pasti tidak kemas dan tidak sistematik. Memasak jadi malas walaupun dapur nampak dah cantik !
PERALATAN YANG SESUAI
Dapur, ketuhar , oven dan sewaktu dengannya antara yang perlu diberi perhatian serius selain peralatan kecil lain yang membantu proses memasak dengan pantas. lebih pantas dan efisyen.
pasti lebih hebat berada di dapur yang mempunyai fungsi yang tampak jelas. lebih semangat masuk ke dapur !
LANTAI KERJA SELESA
Jubin dan marmar pilihan kebiasaan kita, namun pilihan lebih baik ialah pilihan yang lebih selesa dan baik untuk kakiyang lama berada di dapur, iaitu lantai parkir.jika mampu, apa salahnya. namun, jika jubin pilihan setia,pastikan ia bukan dari jenis licin , tepati ciri-ciri keselamatan di dapur. Jubin yang sedikit kesat paling sesuai untuk permukaan dapur.
WARNA DINDING KONTRA
Warna itu berahi. naikkan mood dan selera kita dengan warna gemilang. gabungan warna segar dan natural mungkin sepadan.warna terang kelihatan moden.tentukanlah mood dapur kita. elak warna merah jambu, torquise dan kelabu, lebih sesuai penataan warna ruang tamu. penuhkan warna oren,merah dan kuning, ubah sekarang!
SUSUNAN STORAN LENGKAP
Jika tiada kabinet dapur, masih boleh lengkap dan kemas. Bagaiman? tempatkan semua barangan kecil dalam almari tersorok dari padangan mata. kesemua pisau dan pekakas tajam simpan dalam laci. pinggan dan mangkuk kemaskan di satu bahagian mudah dicari dan capai. Elak campur aduk!
TIDAK SAKIT MATA
Mansuhkan barangan tidak perlu sama ada hiasan sampingan mahupun barangan lama. sisihkan yang jarang digunakan. Elak membeli alat dapur ikut emosi, membazir kita rugi. Usir hiasan dari dapur kita, Hanya buat ia berhabuk dan bersawang serta menambah kerja pembersihan dan membuang masa yang sedia tidak cukup!
TITIK BERAT KESELAMATAN
alih barang berkaca di atas permukaan kabinet. elak barang memberi impak pada kanak-kanak.simpan balang atau bekas kaca di tempat tinggi. elak mendedah barangan tajam seperti pisau di ruang terbuka.
MAINAN WARNA SESUAI
Elak terlalu sarat bermain warna. Cukup hanya dua warna dominan dengan dinding dan langsir menguasai ruang. kelengkapan lain termasuk pinggan mangkuk sebaiknya dibiarkan tanpa pilihan warna yang 'keras' atau warna sembarangan. walaupun tersimpan dalam kabinet, sesekali dibawa keluar dapat memperlihatkan kita yang tidak ambil kisah hal gaya hias dapur. kekalkan warna yang ringkas dan hiasan minima, itu paling perlu.
-------------------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect@gmail.com
nurafdalilabas@gmail.com
0 comments :
Post a Comment