Thursday, November 6, 2014

Awas, Pecah Rumah !

Teks: Afdalila Abas

Dada akhbar, media sosial, di sekeliling kita saban hari berlaku kejadian ini. Tak senang duduk dibuatnya. Rumahku, syurgaku ini terpaksa dikurung jerigi besi dan mangga sana-sini. Tak ubah seperti penjara. Kita sentiasa diperhatikan, anggaplah situasi sentiasa sebegitu, supaya kita lebih berwaspada dari ditunggu masa kita terbuai leka oleh mereka yang sentiasa mencari peluang. Awas!









Tinggal di dalam kediaman yang selesa dan selamat adalah impian setiap individu diantara kita. Memastikan keselamatan kediaman dan penghuninya sentiasa berada dalam keadaan selamat adalah tanggungjawab bersama. Lazimnya kejadian pecah rumah berlaku ketika penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama tanpa memberitahu jiran atau polis mengenai ketiadaan penghuni.
Rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh lama misalnya perlu kelihatan seperti ada penghuni. Justeru jika ada langganan akhbar perlulah dihentikan supaya kediaman tidak kelihatan tidak berpenghuni.

Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka. Struktur rumah juga memainkan peranan mudah dimasuki pencuri terutamanya jika mempunyai lubang angin tanpa penghadang di bahagian bumbung.

Tiada permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing – masing dan jiran tetangga boleh menyebabkan kejadian pecah rumah.Meletakkan barang bernilai atau barang yang tajam di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah.  

Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menggunakan jack untuk membuka grille tingkap.Bumbung dan siling terbuka juga mengundang pemecah rumah, walaupun sekadar mahu dibaiki untuk beberapa hari.
.
Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, sebaik tuan rumah membuka pintu, penjenayah akan memasuki rumah secara paksa atau tanpa disedari.Justeru, jika ada terdengar paip air terbuka di luar rumah di waktu malam, pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah jerangkap samar.

Bagi rumah yang mempunyai pintu sliding, selakkan dengan kayu panjang di bahagian bawahnya bagi mengelakkan ia diumpil dari luar.
Antara kaedah pencegahan lain ialah sebelum meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, maklumkan kepada balai polis berhampiran. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan jiran dan polis memaklumkan sebarang kejadian kepada kita. Walaupun jiran kita sememangnya anggota polis sekalipun.

Alat keselamatan tambahan boleh di pasang di pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan untuk menggagalkan aktiviti jenayah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sentiasa pasangkan lampu apabila keluar rumah di waktu malam. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.

Jalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk – jenguk di kawasan rumah terutama apabila ke tempat kerja atau bercuti.Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur. Pasangkan sistem penggera keselamatan.

Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak – samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persembunyian penjenayah. Elakkan semua faktor-faktor yang mengundang penjenayah ke rumah kita.

Malang tidak berbau !




Ini pilihan terbaik dan saranan saya pada setiap klien.




Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai set penggera keselamatan ini beserta konsultasi rekabentuk yang sesuai dan lebih mementingkan keselamatan isi rumah dan keluarga.

Syukur, Malaysia masih AMAN.
Namun kita harus berwaspada lebih lagi !


----------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect@gmail.com


0 comments :

Post a Comment