Monday, November 3, 2014

Perkhidmatan yang disediakan

Teks: Afdalila Abas


"nanti kau reka rumah aku tau."

"Rumah  dah siap ni, tapi kosong lagi, alamak macamana ni?"

"ok ke tak  ruang tamu  aku ni?"

"mak ayah aku nak buka gerai,  boleh tolong reka satu yang mudah alih?"

"restoran aku ni nampak sedap tak?"

"laman aku ade rumput lalang la, sakit mata lah."

"dapur aku ni sempit, malaslah masak mcm ni"


"kontraktor tak faham apa yang aku nak ubah pada ruang tu"


Macam-macam  aduan dan permintaan orang disekeliling, rasa tak ubah saya  ini seperti kaunselor ruang  dan  seni. ya, saya sedia  membantu, ini perkhidmatan yang saya tawarkan. 

Kepakaran saya adalah :


LUKISAN PELAN UBAHSUAI

Melukis pelan ubahsuai & tambahan :

1. Pelan perancangan pembinaan
2. Bangunan
3. Rumah kediaman
4. Pelan pindaan & tambahan
5. Pelan bangunan sementara

Saya memproses mendapatkan kelulusan pelan dari pejabat osc Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah (kawasan tertentu.)

Anda memerlukan Pelan Bangunan bagi proses ubahsuaian dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Saya lakukan untuk anda semuanya.

Jadikan rumah kediaman anda, untuk ruang yang selesa bagi kegunaan anak, isteri dan tetamu anda. Ubahsuai rumah anda juga, mampu meningkatkan harga rumah anda sekiranya anda berhajat menjualnya pada masa hadapan.





IDEA KEDIAMAN BARU 

Melukis pelan kediaman & bangunan baru :

1. Banglo
2. Chalet & Resort
3. Rumah Moden & Tradisional
4. Kedai Perniagaan

Mencari idea bagi membina kediaman terutamanya banglo, mencari idea atau tema ruang keluarga, saya sedia membantu.

saya merupakan konsultan persendirian merekabentuk ruang, bagunan dan kediaman, rumah banglo secara online yang membantu pemilik rumah mendapatkan idea + konsep terbaik bagi banglo idaman mereka yang inovasi, praktikal dan mengikut bajet masing-masing.

Banglo yang direkabentuk merupakan IDEA & KONSEP keseluruhan kepada kediaman impian yang bakal anda bina untuk keluarga tersayang. Samada anda memiliki tanah di kawasan "Development Order - ( lot tanah tersebut telah pun berada didalam kawasan perancang bandar)" atau lot tanah persendirian di luar bandar / tanah kampung.

Menawarkan perkhidmatan merekabentuk dan membina kediaman idaman secara ONLINE dan hingga siap kepada :

1. Pemilik tanah lot banglo persendirian di Bandar
2. Pemilik tanah di kampung yang ingin membina rumah.
3. Pemaju atau Kontraktor yang ingin membuat banglo untuk dijual.
4. Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan idea bangunan dan rumah banglo idaman.



ARCHITECTURAL ILLUSTRATION

Anda pemilik, jurutera & firma arkitek yang ingin membuat 3D rendering bagi projek bangunan anda? 

Anda dapat melihatnya dengan jelas aspek bangunan anda dari semua sudut. Kaedah 3D rendering BIM menggunakan aplikasi berkomputer terkini dapat membantu anda menterjemahkan bangunan anda secara maya kepada mereka yang berkenaan, bagi memudahkan mereka membuat penilaian dan perspektif awal bangunan anda.

Anda pemaju perumahan? Ingin menggunakan iklan rekabentuk bangunan anda secara 3D Animation atau dalam bentuk multimedia? saya mempunyai kepakaran berkomputer untuk membantu anda menonjolkan projek bangunan anda tampak realistik.

Terjemahkan pelan rekabentuk anda dengan paparan "rendering & walkthrought" yang jelas bagi klien dan prospek pembeli anda. 
Harga yang ditawarkan adalah yang terbaik.



RE-DRAWING PLAN

Firma / syarikat anda memerlukan perkhidmatan melukis semula pelan bangunan / kejuruteraan. Atau Pelan simpanan anda rosak dan memerlukan lukisan pelan semula? Saya akan membantu anda melukis semula pelan anda menggunakan CAD. Saya akan menyediakan format simpanan dan plotter yang terkini.

saya menawarkan menukarkan format simpanan (*.pdf) untuk simpanan ke pangkalan data anda. Atau apa juga keperluan anda, pihak kami sedia membantu dan menterjemahkan.

Pihak Firma Arkitek, Firma Kejuruteraan, Syarikat GLC, Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi, kementerian lain yang memerlukan perkhidmatan saya ini, anda boleh hubungi saya.



INTERIOR DESIGN & LANDSCAPE DESIGN

Saya menyediakan perkhidmatan pelan dan merekabentuk landskap dan hiasan dalaman bagi anda yang mengimpikan pemandangan yang segar dan baik bagi rumah, kediaman, bangalow, kedai dan pejabat anda.

Impian anda akan saya terjemahkan dengan paparan "sketchs & rendering" berkomputer untuk dipertontonkan kepada anda. saya juga menyediakan perkhidmatan merekabentuk landskap kasar dan halus bagi keceriaan luaran kediaman anda. Samada membuat Pergola, Kolam Ikan atau Taman Mini.

Pihak juga menyediakan kontraktor yang mahir dalam menterjemahkan rekabentuk kepada seni taman dan dalam yang akan memenuhi selera dan konsep yang anda inginkan di lokasi tertentu.

Saya jamin, perkhidmatan ini tidak mengkecewakan anda dan keluarga untuk menghargai seni yang anda impikan.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di talian 016-3358457 ,
atau boleh emel terus kepada 
afrchitect@gmail.com @ nurafdalilabas@gmail.com

Fb: afrchitect.co

0 comments :

Post a Comment