Saturday, November 22, 2014

Kepelbagaian warna tampil menarik

Teks: Afdalila Abas

Beberapa teman bertanyakan saya mengenai gabungan warna-warni, sama ada ia mencacatkan ruang dan hiasan dalaman atau masih berasas. Persoalan  ini  di ajukan selepas mereka membaca entri sebelum ini berkisar tajuk Psikologi warna. Ramai yang mula buntu untuk merombak balik tema warna sedia ada mengikut warna pilihan baru. 

Kenapa tidak, warna-warni atau kepelbagaian warna juga satu pilihan tema warna disukai ramai. Lebih fleksibel dan terbuka.

Pilihan kepelbagaian warna perlulah mengikut pola warna yang betul, walaupun  tiada peraturan tetap dalam memilih kombinasi warna, namun sesetengah  warna tampak lebih menarik di gabung  suai. Gunakan roda warna untuk lebih memahami fungsi warna dan pilihlah kombinasi yang  bakal menyerlahkan kediaman kita nanti.

Fahami konsep asas melalui carta roda warna.

Roda warna






MONOCHROMATIC (Satu warna)
pilih satu warna, dan hasilkan skima warna berdasarka pelbagai tona dan kepekatan warna.  kita juga boleh menambah warna-warna neutral seperti putih dan kelabu.




TRIADIC  (Tiga Warna)
Pilih tiga warna yang jaraknya sama di antara satu sama lain, contohnya jingga, hijau dan  ungu.  Hasil yang lebih menarik, pilihlah satu warna terang dan dua lagi warna yang lebh lembut.





ADJACENT (Bersebelahan)
Roda warna amat berguna apabila kita ingin menggabungkan  beberapa warna. Gabungkan warna utama atau warna kedua dengan warna ketiga.pilih dua atau tiga warna bersebelahan dalam lingkungan 90darjag pada roda warna. Contohnya kombinasi merah dengan merah-jingga dan jingga.





COMPLEMENTARY (pelengkap)
Kontras memainkan peranannya.  pilih dua warna yang kedudukannya bertentangan antara satu sama lain pada roda warna, contohnya ungu dan kuning. Hasilnya, pertembungan dua warna yang berbeza, penuh bertenaga.






Kombinasi pelbagai warna nampak menarik bila ia disusun dan diadun dengan kemas. Pilihan warna yang tepat dapat menarik perhatian terutamanya rangsangan kepada kanak-kanak. 

Pemilihan warna yang terang dapat menimbulkan perasaan ceria dan riang. Disamping itu, penggunaan warna terang akan menyerlahkan lagi ruang rumah dan ruang yang terhad akan tampak lebih luas.

Kita seharusnya bijak dalam memilih padanan warna agar ruang nampak lebih cantik dan menawan. kita boleh lihat sendiri bagaimana susun atur perabut, pilihan warna dan kesesuaian dengan warna dinding bilik @ ruang  akan memberi satu nafas baru.

Namun begitu penggunaan kepelbagaian warna haruslah dirancang terlebih dahulu sebelum direalisasikan , bagi mengelakkan ianya keterlaluan. 

Akhir sekali, susunan perabut yang teratur dan kemas akan menyerlahkan lagi ruang. jangan biarkan ruang bersepah dengan benda-benda yang tidak perlu, ini akan menyakitkan mata memandang.










Konsultasi ruang warna rumah anda hari ini , untuk nafas tahun baru !
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tunjuk ajar penataan seni ruang. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
Afdalila Abas
FB: Afdalila Abas
FB: Afrchitect.co
Afrchitect@gmail.com
Nurafdalilabas@gmail.com



0 comments :

Post a Comment