Sunday, November 2, 2014

Rona warna Kabinet Dapur

Teks: Afdalila Abas

Impian setiap wanita. Dapur dan dot dot dot
Biar fungsi dan rupa berbicara!

Beberapa contoh pilihan kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, dimana, rona rekabentuk ini selalu menjadi pilihan di antara kita.




Rona cerah dapat meluaskan lagi ruang dapur kita. Dengan penggudaraan yang baik berserta dengan ruang tingkap yang luas, pilihan rona cerah dapat membangkitkan suasana segar sepanjang berada di dapur. 

Pilihan rona putih menjadi tema asas yang selalunya di padankan dengan warna kelabu, cream, kelabu pekat dan hitam. Ianya satu gabungan warna yang dapat membangkitkan aura menarik.



Rona gelap bersesuaian dengan ruang dapur yang luas. Ini untuk menggelakkan ruang dapur yang amat luas kelihatan berongga. Dengan pemilihan kabinet dapur dari pilihan warna gelap, ianya akan menaikkan imej eksklusif dengan padanan cahaya samar dari neon kekuningan. Suasana akan menjadi lebih sejuk dan elegan.



Rona terang pula bersesuaian dengan imej gemilang. Selalunya kami menggabungkan warna-warna panas seperti kuning, merah dan oren untuk membangkitkan suasana ceria. Gabungan warna hijau dan biru muda juga bersesuaian untuk menampilkan satu impak yang tersendiri. Selalunya rona cerah ini sesuai untuk rekabentuk dapur yang lebih moden.



Rona asas adalah yang cukup biasa dan sering diadaptasikan buat rumah pelanggan memandangkan harganya yang amat berpatutan. Hadir dalam pilihan pelbagai warna kayu, kabinet rona asas ini juga tidak akan kalah jika sentuhan dekorasi serta pengcahayaan berjaya memainkan peranan dengan baik.

Yang mana satu pilihan mama ?

---------------------------------------------------
Pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect@gmail.com
nurafdalilabas@gmail.com

Related Posts:

  • Rekabentuk unit dinding (wall unit design) Teks: Afdalila abas Gabung ruang TV dan membaca dengan rekabentuk moden yang serba lengkap memenuhi ruang keluarga atau ruang tamu kita. Rekabentuk unit dinding ini khas untuk dinding dan tempat letak TV serta mini perpus… Read More
  • Pengalaman dan kelulusan Kronologi kerjaya arkitek  |  Teks: afdalila abas Sejak dari zaman belajar saya tidak gemar menjadi pelajar jenis yang suka meniru sebarang rekabentuk dari rujukan yang ada. Cuba saya terokai elemepenting yang… Read More
  • Gayakan kediaman dengan cermin Teks: Afdalila Abas Mirror.. Mirror.. On the wall.. Masih ingat watak perempuan jahat dan cermin? Nostalgia! Cermin dikatakan sinonim dengan wanita dan kecantikkan, kerana ia digunakan oleh kebanyakkan kita untuk kelih… Read More
  • 5 Idea Hias Dinding Kosong Teks: Afdalila Abas Jemu melihat dinding terbiar kosong? Selain dari mengecat dinding dengan warna yang berbeza, guna pakai idea mudah lagi berkesan ini pada dinding rumah kita. Pelbagai Catan Seni Gantung hasil l… Read More
  • Asas ruang tamu sempurna Teks : Afdalila Abas Ruang tamu adalah ruang utama kediaman. Ruang ini selalunya ruang kita menerima tetamu yang berkunjung. Pastinya ruang ini perlu sentiasa bersih dan selesa. Kerusi dan alas duduk Sesuai dengan fu… Read More

0 comments :

Post a Comment