Sunday, November 2, 2014

Ukuran Asas Kabinet Dapur

Teks: Afdalila Abas

Hampir semua antara kita ada merancang kabinet dapur masing-masing. Sama ada sudah selesai, sedang atau berkeinginan menambah baik kabinet dapur.

Oleh kerana saya sedang merenovasi dapur rumah saya, maka, minggu ini kita banyak berkongsi mengenai kabinet dapur.

Perkara utama yang perlu kita ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain. 

Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu kita ketahui.

• A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
• B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
• C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
• D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci 

• E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
• F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
• G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci

Lebar perkakasan juga penting untuk kita ketahui untuk merancang susun atur dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, kita boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.

Berikut adalah antara ukuran “standard” perkakasan yang biasa dipasang di dapur:

Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci
Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci
Peti sejuk kecil: 24 inci
Peti sejuk sederhana: 27 inci
Peti sejuk besar: 35 inci
Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci
Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci
Hob dapur: 29 inci
Hood dapur (slim): 29 inci
Hood dapur normal: 35 inci
Rak pengering pinggan: 24/30 inci
Mesin basuh: 24 inci


Untuk ukuran perkakasan yang tepat, bolehlah menentukan terlebih dulu model dan jenama perkakasan yang ingin digunakan.

Selain itu kita juga perlu memastikan apakah ruang dapur yang kita miliki, samada kecil, sederhana, luas atau sangat luas. Ruang dapur lazimnya bergantung kepada jenis-jenis rumah. Jadi tidak semua rekabentuk kabinet dapur yang mungkin kita impikan akan bersesuaian dengan ruang dapur yang kita miliki. 

Berbincanglah dengan saya, supaya dapat memberikan pandangan untuk dapur anda. Hubungilah saya, jangan segan & jangan malu. Impian kabinet dapur setiap ibu!

--------------------------------
pelukis bangunan, ruang dan seni
afrchitect@gmail.com
nurafdalilabas@gmail.com

0 comments :

Post a Comment